Festa Aidilfitri

Festa Aidilfitri merupakan sebuah album kompilasi aidilfitri yang menampilkan penyanyi di bawah syarikat rakaman Suria Records iaitu Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Handy Black, New Boyz, Mazleela, Aqasha dan lain-lain lagi. Setiap seorang penyanyi ini merakamkan sebuah lagu baru untuk di persembahkan dalam album ini.Album ini menghimpunkan lagu raya ciptaan baru dan juga rakaman semula lagu-lagu raya malar segar. Penerbitan Album ini telah menerbitkan beberapa buah lagu baru dimana Liza Hanim, Siti Nurhaliza & Noraniza Idris tampil sekali lagi dengan lagu baru yang cukup segar. Selain itu, Anis Suraya turut tampil dengan lagu baru Bila Takbir Bergema yang merupakan nyanyian asal Rafeah Buang.

Festa Aidilfitri

Dilancarkan pada 04 November 2002
Penerbit Pak Ngah
Genre Pelbagai
Syarikat Suria Records